Friday, December 21, 2007

Ketahuilah Bahasa Melayu Sebagai bahasa Lingua Franca

4.15 Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara
Asraf Abdul Wahab, Awang Sariyan, Farid Onn, Firdaus Abdullah

PENDAHULUAN
Nusantara yang sama maksudnya dengan Kepulauan Melayu atau Gugusan
Pulau-pulau Melayu merupakan tempat tumbuh dan tempat berkembangnya
bahasa Melayu. Dengan permulaan sebagai bahasa sebuah kerajaan lama di
daerah Jambi di Sumatra, iaitu Kerajaan Melayu, bahasa yang sekarang kita
kenal sebagai bahasa Melayu itu tersebar ke daerah-daerah lain di Sumatra, ke
Jawa, ke Melaka dan akhimya ke seluruh Nusantara. Bahasa Melayu tersebar
melalui pertembungan dan perkembangan politik, perdagangan, dan
penyebaran agama. Dengan demikian bahasa Melayu menjadi bahasa
perantaraan atau lingua franca bagi seluruh Nusantara; menjadi bahasa rasmi
pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu seperti Pasai, Aceh dan Melaka; menjadi
bahasa pendidikan, terutama dalam bidang dakwah Islam melalui kitab-kitab
terjemahan dan tulisan asli dalam bahasa Melayu oleh para ulama dan pemikir
Melayu sendiri.


Hasil penulisan para penulis Melayu pada zaman setelah masuknya Islam
ke Nusantara membuktikan kemampuan bahasa Melayu bukan saja sebagai
bahasa sastera tetapi juga sebagai bahasa filsafat dan bahasa ilmu. Pendeknya
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa intelek bagi kaum terpelajar atau para
cendekiawan. Dengan munculnya karya-karya Sheikh Nuruddin al-Raniri,
Hamzah Fansuri, Syamsuddin Sumatrani, Abdul Rauf dari Singkel dan lainlain,
Aceh menjadi pusat pertama keintelektualan Melayu. Kegiatan intelek ini
berkembang ke daerah-daerah lain di Nusantara. Di Palembang muncul Abdul
Samad al-Falambani yang menghasilkan kitab Hidayat al-Salikin. Di Brunei,
Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh atau Pengiran Indera Mahkota
menghasilkan Syair Rakis. Di Banjarmasin, Arsyad al-Banjari menghasilkan
Sabil alMuhtadin. Di Patani, Mohd. Ismail Daud Pattani menulis Matla ‘al-
Badrain dan Funt ‘al-Masail


Buku-buku yang bersifat sejarah paling banyak dihasilkan di Semenanjung
Tanah Melayu. Yang paling terkenal di antaranya ialah Sulalatus Salatin atau
Sejarah Melayu, satu-satunya magnum opus yang menjadi teras bahasa
Melayu baku dalam perkembangan selanjutnya hingga sekarang.
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 585
Kemuncak daripada kegiatan persuratan Melayu Islam ialah di Penyengat,
sebuah pulau di gugusan Riau. Di sinilah, dari abad ke-19 hingga awal abad
ke-20, tertumpunya kegiatan kebudayaan Melayu dan keintelektualan Islam
yang memancarkan sinarnya ke seluruh alam Melayu. Banyak sekali hasil karya
dan kitab-kitab yang diterbitkan di pulau ini, misalnya Kitab al-Hakim oleh
Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1836) dan Sabil al-Hidayat
oleh Sayyid Aluwi Ba ‘aluwi (1899). Hasil penulisan yang paling terkenal ialah
karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan al-Katibin (1857), Salasilah Melayu dan
Bugis (1865) dan Tulifat al-Nafis (1865).
Demikianlah bahasa Melayu berkembang di Nusantara kita ini sebagai
bahasa persatuan. Dengan demikian dapatlah dibuktikan bahawa bahasa
Melayu sudah mencapai titik keseragaman dalam hal sintaksisnya,
morfologinya dan fonologinya pada satu waktu dulu, di samping tetap
mempunyai berbagai-bagai dialek setempat. Jika tidak, mustahil bahasa Melayu
dapat menjadi lingua franca bagi satu daerah yang sedemikian luasnya.
Namun demikian, perkembangan bahasa Melayu yang berlaku secara
alamiah pada waktu itu menyebabkan timbul sekian banyak variasi dalam
bahasa Melayu menurut daerah-daerah tertentu. Tambahan pula datangnya
kuasa-kuasa asing turut menyebabkan negara-negara di Nusantara ini melalui
liku-liku sejarah yang berbeza-beza, sehingga perkembangan bahasa Melayu
di negara-negara yang berlainan itu turut berbeza juga. Hal ini banyak
sedikitnya menambah variasi dalam bahasa Melayu, lebih-Iebih lagi setelah
bahasa itu mula terabai dan terdesak oleh bahasa pihak penjajah (Inggeris dan
Belanda).


Namun demikian, dalam penggunaannya yang berbagai-bagai di negaranegara
yang berlainan itu, secara spontan bahasa Melayu mempunyai
keseragaman fungsi dalam penggemblengan semangat nasionalisme untuk
menentang penjajahan. Baik di wilayah yang dijajah Belanda mahupun di
wilayah yang dijajah lnggeris, bahasa Melayu berfungsi sebagai alat penyatu
masyarakat pribumi di sesebuah wilayah jajahan dan serentak dengan itu menjadi
alat komunikasi sosial dan politik yang berkesan di antara wilayah-wilayah
yang berkenaan. Lebih daripada itu, di luar wilayah-wilayah berbahasa Melayu
yang dijajah oleh lnggeris dan Belanda, iaitu di perantauan, pemuda dan pelajar
dari wilayah tersebut telah menerima manfaat yang bukan sedikit daripada
bahasa Melayu dalam mengekalkan identiti mereka. Bahasa Melayu digunakan
untuk mereka berkomunikasi sesama sendiri di perantauan di samping untuk
meniupkan semangat kesedaran dan pembaruan kepada masyarakat pembaca
di kampung halaman (yang pada masa itu masih lagi dalam cengkaman
penjajahan Inggeris atau Belanda). Pendeknya, bahasa Melayu adalah unsur
yang paling ulama dalam pergolakan nasionalisme menentang kuasa kolonial
Inggeris dan Belanda.


Dengan kemesraan dan kehangatan semangat bersatu yang antara lain
dipaterikan oleh bahasa Melayu itulah maka pada tahun 1925 lahir sebuah
586 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
majalah yang berjudul Seruan Azhar di Kaherah. Majalah tersebut diterbitkan
oleh Persatuan pelajar-pelajar Melayu Indonesia di Universiti Azhar (Jami’ah
Alkhairiah). Dalam keluaran sulungnya, majalah itu mengumumkan bahawa
tujuannya ialah untuk membawa sinar dan cahaya ke tanah air kita. Seterusnya
ditegaskan bahawa semua bangsa kita ... sama ada di Jawa atau di Sumatra,
atau di Borneo atau di Semenanjung Tanah Melayu, mestilah bersatu dan
mempunyai matlamat serta perjanjian yang sama untuk berjuang mencapai
kemajuan...’ (W. Roff, 1970).


Bahasa Melayu telah juga berperanan dalam kegiatan sebilangan
pertubuhan pelajar wilayah Nusantara di perantauan. Demikianlah, pada tahun
1940 pemuda-pemuda Semenanjung dan Indonesia telah membentuk sebuah
organisasi yang bernama Partindom (Persatuan Talabah Indonesia Malaya) di
Saudi Arabia. Di Mesir pula telah ditubuhkan Perpindom (Persatuan Pemuda
Indonesia Malaya) sebagai satu bentuk kebangkitan kembali dari organisasi
yang pernah wujud dulu, iaitu Nadi Pemuda Indonesia Malaya. Di Iraq
organisasi yang serupa itu diberi nama Makindom kemudian berubah nama
menjadi PPI (Perkumpulan Pemuda Indonesia) maka pemuda-pemuda Malaya
di Iraq telah menganggap diri mereka sebagai putera-putera Indonesia
sepenuhnya (Nasution, 1976: 195). Di Pakistan pun telah terbentuk Pesindom
(Persatuan Indonesia Malaya) dalam tahun 1938. Yang terakhir, masyarakat
Indonesia Malaya di Ceylon (Sri Lanka) dalam tahun 1938 itu juga telah
membentuk sebuah organisasi yang bernama Keris (Kesejahteraan Rakyat
Indonesia Semenanjung).


Demikianlah di mana-mana negeri di luar Nusantara telah kita lihat
bagaimana bergeloranya perasaan nasionalisme Nusantara di kalangan pemuda
dan pelajar kita. Tampak di sini bahawa makin ‘jauh dari kampung’, semangat
dan perasaan nasionalisme Nusantara lebih mengatasi semangat nasionalisme
Malaya atau nasionalisme Indonesia. Dengan kata lain, ada satu suasana
psikologis tertentu apabila perasaan sebagai satu bangsa mengatasi batasbatas
negara dan semuanya itu disatukan dengan adanya semangat bahasa
Melayu (Amri Marzali, 1981: 133).


Apabila tiap-tiap negara Melayu di Nusantara ini lepas daripada
penjajahan, timbul semangat yang berkobar-kobar untuk mendaulatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa nasional dan bahasa rasmi negara. Demikianlah yang
jelas berlaku di Indonesia dan kemudian di Malaysia. Rupa-rupanya semangat
mendaulatkan bahasa Melayu itu turut menjelmakan semangat menyatukan
bahasa itu kembali, iaitu bahasa Melayu yang digunakan bukan saja di sesuatu
negara tertentu, tetapi bahasa Melayu yang digunakan di mana-mana saja di
seluruh Nusantara ini.


Usaha penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara yang dilaksanakan itu
meliputi bidang ejaan, kosa kata, istilah, tatabahasa, dan sebutan. Inilah yang
sedang dan akan berlangsung selanjutnya sekarang dan pada masa depan
melalui kerjasama antara negara.


Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 587
USAHA KE ARAH PENYATUAN
Usaha ke arah penyatuan bahasa Melayu dapat ditinjau dari beberapa sudut,
iaitu dari sudut kegiatan ilmu, perjuangan rakyat dan pelaksanaan kerajaan.
Usaha dalam Bidang Ilmu


Penyatuan bahasa Melayu melalui bidang ilmu dapat dilihat dalam
hubungannya dengan pembinaan bahasa Melayu itu sendiri. Dalam sejarah
perkembangan linguistik Melayu, dapat kita saksikan beberapa banyak
penyelidikan dan tulisan tentang aspek-aspek bahasa Melayu, baik yang
diusahakan oleh sarjana-sarjana asing mahupun yang diusahakan oleh sarjanasarjana
kita sendiri. Semua hasil penyelidikan dan tulisan tentang bahasa
Melayu itu memberikan dasar yang kuat dan yang menjelmakan erti bahasa
Melayu sebagai bahasa persatuan se-Nusantara.


Dalam bidang perkamusan, kita memperoleh manfaat yang besar daripada
usaha beberapa banyak orang. Bermula dengan daftar kata Melayu-Cina (1403-
1511) milik Morrison, daftar kata Melayu-Itali Pigafetta (1519-1522) dan daftar
kata Melayu-Belanda F. Houtman (1603), perkamusan Melayu berkembang
dengan terbitnya kamus Melayu-Belanda W. Danckaerts (1623) dan kamus
Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu T. Bowrey (1701). Selanjutnya
perkamusan Melayu dimajukan pula oleh J. Howison, William Marsden (1812),
L’ Abbe Favre (1861), Klinkert (1893), Swettenham (1896) dan dalam abad kedua
puluh muncul pula Shellabear, Wilkinson, Winstedt dan ahli-ahli perkamusan
setempat, iaitu Syed Mahmud dan Haji Shamsuddin Yunus. Kamus mereka itu
semuanya kamus dwibahasa. Yang paling masyhur di antara semua itu ialah
kamus R. J. Wilkinson, A Malay-English Dictionary.


Kita tidak harus lupa akan jasa penyusun kamus ekabahasa dalam bahasa
Melayu. Raja Ali Haji, misalnya, pernah menyusun Kitab Pengetahuan Bahasa
(1858). Di Indonesia. kita tentu ingat akan Kamus Umum Bahasa Indonesia
(1953) yang disusun oleh W. J. R. Poerwadarminta dan kcmudian dijadikan
edisi baru oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia (1976).
Di Malaysia, Kamus Dewan yang disusun di bawah pimpinan Teuku Iskandar
dan terbit pada tahun 1970 merupakan kamus ekabahasa yang dapat mewakili
kamus-kamus ekabahasa yang lain di Malaysia.
Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan
beberapa banyak ahli tatabahasa yang mnghasilkan tulisan tentang tatabahasa
Melayu.


Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612)
yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal
karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita
mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan
karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914).


Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar
sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. van
588 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan
Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Z’aba dan lain-lain.
Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal
dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia,
misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami
kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu
pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan
sebagainya.


Dalam bidang penyelidikan dan penerbitan naskhah-naskhah Melayu
lama, ahli-ahli filologi terutamanya memberikan sumbangan yang besar dalam
menampilkan karya-karya yang menjadi wadah bahasa Melayu, baik karya itu
tentang sastera, undang-undang, tatanegara, tasawuf mahupun tentang halhal
lain. Dengan usaha A. H. Hills, misalnya, kita dapat menghayati Hikayat
Raja-raja Pasai. Demikian juga, daripada hasil usaha Shellabear, Winstedt,
Abdullah Munsyi dan A. Samad Ahmad kita mengenal Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin yang menjadi teras bagi bahasa Melayu tulisan sekarang
ini. Kita harus ingat juga akan jasa T. Iskandar yang menyunting Hikayat
Aceh, Syed Muhammad Naguib Al-Attas yang menganalisis karya-karya
tasawuf Hamzah Fansuri dan beberapa banyak tokoh lain lagi. Kesemuanya
bertanggungjawab mengetengahkan karya-karya besar dalam bahasa Melayu,
dan secara langsung dapat juga membuktikan hakikat bahasa Melayu sebagai
bahasa persatuan dalam bidang filsafat, pemikiran, dan kesusasteraan di alam
Melayu.


Perjuangan Rakyat
Supaya jelas, pembicaraan tentang perjuangan rakyat dalam hal penyatuan
bahasa Melayu dibahagi dua, iaitu perjuangan rakyat di Indonesia dan
perjuangan rakyat di Malaysia.


Perjuangan Rakyat di Indonesia
Perjuangan rakyat di Indonesia dalam hal pendaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan bermula dengan terdirinya perkumpulan politik seperti
Budi Utomo dalam tahun 1908, Partai Hindia (1912), Sarekat Islam (1913),
Perhimpunan Indonesia (1922), Partai Nasional Indonesia (1927) dan
sebagainya. Gerakan kebangsaan di Indonesia ditandai juga oleh pergerakan
pemuda seperti Jong Java, Jong Sumatera, Jong Ambon, Jong Batak dan
lain-lain. Kesemuanya menggabungkan diri menjadi Indonesia Muda. Pada
tanggal 28 Oktober 1928, mereka mengadakan Kongres Indonesia Muda di
Jakarta dan mengambil tiga resolusi, iaitu:
i. Kami putera dan puteri Indonesia mengaku bertumpah darah yang
satu, iaitu Tanah Indonesia.
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 589
ii. Kami putera dan puteri Indonesia mengaku berbangsa yang satu,
iaitu Bangsa Indonesia.
iii. Kami putera dan puteri Indonesia menjunjung bahasa persatuan,
iaitu Bahasa Indonesia.
Resolusi tentang ‘bahasa persatuan’ itu kemudian diperkukuh dalam
Kongres Bahasa Indonesia pertama di Solo pada tahun 1938 dengan
keputusan mengangkat bahasa Melayu moden sebagai bahasa Indonesia.
Malahan dalam Kongres itulah mula-mula diperjuangkan bahawa
bahasa Melayu mesti digunakan di Dewan Rakyat.
Tentang usaha pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa Indonesia
itu, tidak dapat ditolak sumbangan surat khabar yang secara meluas
menggunakan bahasa Melayu. Di antara tokoh-tokoh dan pemimpin surat
khabar yang patut disebut termasuklah Dr. A. Rivai, Haji Agus Salim, Dr.
Amir, Parada Harahap (kesemuanya di Bintang Timur) Adinegoro (di
Pewarta Deli), Tjindarbumi (di Suara Umum), Muhamad Yamin dan
Sumanang (di Pemandangan-Antara).


Selain itu, patut juga disebut tokoh-tokoh Balai Pustaka yang
meletakkan batu asas untuk tradisi kesusasteraan yang baru, iaitu yang
berbahasa Melayu. Yang penting ialah Sutan Perang Bustami, Nur Sutan
Iskandar, Muhammad Kasim, Abdoel Moeis dan S. Pamoaentjak. Kemudian
dalam tahun 1930 masuk pula dalam angkatan Balai Pustaka ini dua orang
tokoh, iaitu Sanusi Pane dan Sutan Taksir Alisjahbana.


Selanjutnya bahasa Melayu mendapat kemajuan yang lebih pesat
dalam tahun-tahun 1930-an dan 1940-an melalui usaha tokoh-tokoh
Angkatan Pujangga baru, iaitu Sutan Takdir Alisjahbana, Amir Hamzah,
Sanusi Pane, dan Armijn Pane. Angkatan ini amat kuat memperjuangkan
bahasa di samping memperjuangkan hal-hal kebudayaan dan
kemasyarakatan juga. Tentang dasar bahasa Angkatan Pujangga Baru,
diungkapkan bahawa ‘tiap-tiap pengarang bebas melahirkan perasaan
jiwanya, sesuai dengan peribadi, bahasa dan gayanya sendiri. Bahasanya
harus baik dan indah, sesuai dengan dasar “bahasa indah” pada pengertian
kesusasteraan.’


Angkatan Pujangga Baru menerbitkan majalah bulanan Poedjangga
Baroe pada 29 Julai 1933 sebagai wadah pemikiran tokoh-tokohnya.
Terbitnya majalah tersebut dianggap suatu revolusi dalam perkembangan
bahasa, kesusasteraan dan pemikiran di Indonesia.
Apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, bahasa
Melayu mendapat tempat yang sungguh-sungguh teguh. Dalam Undangundang
Dasar 1945 Fasal 36 dengan jelas disebut bahawa ‘Bahasa Negara
ialah Bahasa Indonesia’, iaitu nama politik bagi bahasa Melayu di Indonesia.
Tidak diragui lagi bahawa termaktubnya taraf bahasa Melayu
sebagai bahasa negara Indonesia adalah hasil perjuangan rakyat.


590 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Patut juga disebut di sini perihal munculnya suatu angkatan penulis
yang tidak kurang pentingnya dalam tahun-tahun tercapainya kemerdekaan
Indonesia. Angkatan tersebut ialah Angkatan 45. Walaupun angkatan ini
lebih dikenal dengan keghairahan menerapkan fahaman kemanusiaan
sejagat atau universal humanism dalam kehidupan umat Indonesia, namun
daripada sudut bahasa angkatan ini memberikan sumbangan yang besar
dengan terbitnya karya-karya terkenal seperti antologi cerpen Idrus Dari
Ave Maria ke Jalan Lain di Roma, antologi cerpen Pramoedya Ananta
Toer Percikan Revolusi, novel Pramoedya Keluarga Gerilya, novel
Achdiat Kartamihardja Ateis, antologi sajak Chairil Anwar Deru Campur
Debu, dan beberapa banyak yang lain lagi.


Menurut C. A. Mees (1969), bahasa Melayu di Indonesia mula
memperlihatkan tahap yang lebih mantap di sekitar tahun 1950-an, sesudah
mengalami kekacauan bentuk bahasa dalam zaman pendudukan Jepun, di
samping kekacauan bahasa yang berpunca daripada percubaan orang
Jawa menjadikan bahasa Melayu ‘lebih bersifat Indonesia’ (tetapi pada
hakikatnya mereka berusaha menjadikan bahasa tersebut lebih bersifat
Jawa). Kian berkurangnya kekacauan bahasa itu rupa-rupanya ada
hubungannya dengan usaha memberikan perhatian kepada pengajaran
bahasa yang baik. Dalam hubungannya dengan hal ini, besar sekali
sumbangan majalah Pembina Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Sutan
Takdir Alisjahbana. Majalah ini memuatkan tulisan-tulisan tentang selokbelok
bahasa Indonesia dan perbahasan di sekitarnya sehingga tepat
benarlah nama majalah itu dengan peranan yang dimainkannya, iaitu
pembina bahasa. Tidak diragui lagi akan usaha pembinaan bahasa yang
digerakkan oleh ahli-ahli bahasa Indonesia pada tempoh itu didasarkan
pada sifat-sifat bahasa Melayu yang menurut C. A. Mees (1969)
‘kembalilah pula kepada alurnya sendiri’. Edisi pertama majalah tersebut
pada halaman 129 dengan tegas mengingatkan bahawa kaum pengarang
tidak seharusnya mengambil kata-kata daripada bahasa daerah. Kalau
tidak perlu, atau sesuka hati sendiri saja kerana kesatuan bahasa itu akan
hilang dengan tindakan yang demikian.


Bahawa bahasa yang dijadikan bahasa kebangsaan Indonesia itu
adalah bahasa Melayu diperteguh dalam Kongres Bahasa Indonesia Kedua
(28 Oktober - 2 November 1954) di Medan. Kongres tersebut memutuskan
bahawa ‘Asal Bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang disesuaikan
dengan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang,” dan
disarankan menjadi alat pembinaan kebudayaan moden di Indonesia. Ini
ditegaskan dalam Kongres Bahasa Indonesia Ketiga (28 Oktober hingga
3 November 1978). Dalam Kongres Bahasa Indonesia Keempat (21-26
November 1983) pula, peranan bahasa Melayu di Indonesia ditekankan
dalam hubungannya dengan seluruh bidang kehidupan.


Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 591
Perjuangan Rakyat di Malaysia
Perjuangan rakyat di Malaysia dalam usaha menegakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa persatuan dapat dilihat berdasarkan perjuangan orang
perseorangan dan pertubuhan. Pada awal abad ke-20, orang perseorangan
yang terdiri daripada para wartawan dan guru Melayu menuliskan hal-hal
keelokan bahasa Melayu serta cara mengarang. Tulisan-tulisan yang berbentuk
demikian waktu itu agak terbiar (Li Chuan Siu, 1980 dan Raja Mukhtaruddin
Dain, 1982).


Perjuangan rakyat melalui pertubuhan bermula apabila Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa didirikan di Johor pada tahun 1888.
Pemimpinnya ialah Datuk Abdul Rahman bin Andak yang bergelar Datuk Seri
Amar Diraja. Sayangnya usia pertubuhan itu tidak panjang. Pada tahun 1904
pertubuhan itu dihidupkan kembali tetapi tidak lama kemudian tidak bernafas
lagi. Pertubuhan tersebut giat semula pada tahun 1934 dengan mendapat
tunjangan kewangan sebanyak dua ribu ringgit tiap-tiap tahun daripada Sultan
Johor. Namanya ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Bukubuku
Diraja. Tokoh pertubuhan tersebut yang tidak patut dilupakan dalam
hubungannya dengan usaha memajukan bahasa Melayu ialah Datuk Mejar
Haji Muhammad Said. Beliaulah yang mengharumkan pertubuhan tersebut
dengan menyusun Buku Katan yang terbit dalam tahun 1936, iaitu kamus
Melayu-Melayu yang terbaik di antara kamus-kamus Melayu yang terbit
sebelum Perang Dunia Kedua (Z’aba 1941: 16). Beliaulah juga penyusun Jalan
Bahasa Melayu yang terbit dalam tahun 1937, iaitu buku tatabahasa Melayu.
Selain menerbitkan buku bahasa, pertubuhan tersebut menerbitkan majalah
Peredar Juga.


Dalam bidang peristilahan, pertubuhan tersebut mewariskan sumbangan
yang agak besar. Istilah seperti kerja raya (public works), pejabat (office),
pesuruhjaya (commisioner), setiausaha (secretary) dan beberapa lagi yang
lain merupakan istilah ciptaan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
yang mantap sehingga sekarang ini.


Satu lagi pertubuhan yang patut disebut di sini ialah Persaudaraan Sahabat
Pena Malaya yang didirikan pada 15 April 1934. Tujuan pertubuhan ini ialah
meninggikan taraf bahasa Melayu, menjaga supaya kebudayaan Melayu tidak
tenggelam dan mempertinggi nilai kesusasteraan Melayu. Z’aba menjadi
Penasihat Kehormat pertubuhan tersebut sejak awal sehingga pertubuhan itu
dibubarkan pada tahun 1942 oleh sebab datangnya Jepun. Menurut Z’aba,
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya bermaksud mencari jalan memperbaiki
sifat dan penggunaan bahasa Melayu (Radin Siebarbim 1961).
Selaras dengan maksud tersebut, Persaudaraan Sahabat Pena mempunyai
sayap Pertubuhan Lembaga Bahasa yang didirikan pada tahun 1938 dan
berpusat di Batu Pahat. Pemimpinnya ialah Bahaman bin Yusuf. Tujuan
Lembaga yang berkaitan dengan bahasa ialah:
592 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
i. mengadakan peraduan karang-mengarang;
ii. menyatukan ajaran yang tetap bagi anggota-anggota persaudaraan;
iii.mencipta kata Melayu baru daripada kata Inggeris yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu. (Li Chuan Siu, 1980).
Sayangnya kegiatan pertubuhan terse but terhambat oleh pendudukan
Jepun.


Sementara itu kita tidak harus lupa akan peranan belia-belia Melayu yang
menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Di sekitar tahun 1920-an,
maktab tersebut mula menjadi pusat tempat berkumpulnya cerdik pandai
Melayu yang insaf akan nasib bangsa, bahasa, agama dan negaranya. Beberapa
orang pensyarah di sana muncul sebagai tokoh-tokoh yang dengan gigih dan
gagah meniupkan semangat kebangsaan dan kesatuan bahasa Melayu kepada
para pelajar. Mereka ialah Abdul Hadi Hassan, Harun Aminurrashid, Buyong
Adil, dan beberapa orang yang lain lagi. Daripada kalangan pelajar, muncul
tokoh yang kemudian bergerak aktif dalam perjuangan kebangsaan dengan
erti yang luas seperti Ibrahim Yaakob, Abdul Karim Rashid dan Hassan Manan.
Perkembangan politik di Indonesia dan bahan-bahan bacaan dari Indonesia
menimbulkan keinsafan kepada belia-belia di MPSI bahawa bangsa mereka
yang tersebar di alam Melayu telah dipecah-belahkan oleh penjajah. Maka
tercetuslah cita-cita ‘Melayu Raya’ yang di dalamnya turut tercakup soal
bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan.


Perjuangan rakyat Malaysia dalam hal penyatuan bahasa Melayu itu
berlanjutan terus, dalam berbagai-bagai bentuk kegiatan. Demikianlah, dari
semasa ke semasa kegiatan kegiatan yang bersifat kewartawanan, politik,
kesusasteraan, kebudayaan, pendidikan dan keilmuan, baik secara eksplisit
mahupun secara implisit, menyerukan cita-cita ke arah penyatuan bahasa
Melayu di seluruh alam Nusantara. Di bidang kewartawanan, umpamanya,
akhbar-akhbar harian dan majalah-majalah berkala bukan saja berjasa menjadi
alat utama untuk penyaluran konsep-konsep, dan istilah-istilah baru yang
memperkaya bahasa Melayu (dengan demikian meningkatkan daya fikiran
atau keintelektualan para penggunanya), tetapi juga secara terus terang dan
dengan lantang menyuarakan cita-cita penyatuan bahasa tersebut. Di
antaranya, yang dapat disebut, termasuklah AI-Imam, Seruan Azhar, Majalah
Guru, Saudara, Majlis, Fajar Asia, Suara Rakyat, Pelita Melayu, Melayu
Raya, dan Belia.


Di bidang politik, dua parti politik yang patut disebut ialah Kesatuan Melayu
Muda (KMM) yang wujud selama lebih kurang lima tahun menjelang Perang
Dunia Kedua dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang berjuang
aktif selama lebih kurang empat tahun setelah Jepun mcnyerah kalah. PKMM
secara eksplisit mencatatkan dalam perlembagaannya bahawa salah satu
matlamat perjuangannya ialah untuk mewujudkan satu negara Melayu Raya,
iaitu Tanah Melayu dan Indonesia bersatu dalam suatu kesatuan politik. Salah
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 593
satu landasan utama untuk cita-cita penyatuan seperti itu tentu saja bahasa
Melayu. Kegiatan yang berbentuk politik seperti yang dicita-citakan oleh KMM
dan PKMM itu kemudian tercetus kembali sewaktu Kongres Pemuda Melayu
Se-Malaya berlangsung pada 8, 9 dan 10 April 1955 di Kuala Lumpur. Kongres
yang dihadiri oleh kira-kira 800 orang peserta yang mewakili 44 pertubuhan itu
telah merumuskan satu Ikrar Pemuda yang antara lain menegaskan bahawa
‘matlamat akhir perjuangan nasionalisme Melayu ialah pembentukan satu
bangsa, satu negara dan satu bahasa yang bernama Melayu’. Walaupun
penyatuan politik dunia Melayu seperti yang dicita-citakan oleh KMM dan
PKMM itu sekarang sudah merupakan suatu hal yang tidak praktis, namun
penyatuan bahasanya adalah suatu hal yang senantiasa wajar dan wajib
diusahakan agar terlaksana dengan sempurna. Oleh sebab itu, kegagalan usaha
penyatuan yang berdasarkan kegiatan-kegiatan yang bersifat keilmuan,
kebudayaan dan kesusasteraan. Dalam tahun-tahun menjelang kemerdekaan
Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) pada awal 1950-an dahulu organisasiorganisasi
yang penting dan aktif dalam kegiatan-kegiatan tersebut ialah
Kesatuan Guru-guru Melayu, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50), Persatuan
Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM), dan Lembaga Bahasa Melayu
di Singapura.


Peranan yang dimainkan oleh guru-guru Melayu melalui kesatuannya tidak
harus dilupakan. Guru-guru Melayulah yang paling banyak membantu
meniupkan semangat kebangsaan dan cita-cita kemerdekaan yang dikobarkan
oleh parti-parti politik di kalangan rakyat, terutama di kampong-kampung, kerana
sebagai guru mereka itu mempunyai pengaruh dan dihormati sebagai pemimpin
oleh rakyat. Sehubungan dengan itu tidak kurang juga pentingnya guru Melayu
dalam usaha menyegarkan bahasa Melayu. Salah satu kegiatan yang cukup
bererti ialah penerbitan Majalah Guru. Majalah yang mula terbit dalam tahun
1924 ini mencerminkan perjuangan guru-guru Melayu untuk berkhidmat kepada
rakyat…’ (Majalah Guru terbitan pertama, 1924), termasuk khidmat dalam soal
bahasa juga. Dalam sejarah perjuangan bahasa di Malaysia, kaum guru
menyumbangkan saham, yang besar, terutama yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama (Nik Safiah
Karim, 1979).


Majalah Guru berhasil menyegarkan bahasa Melayu melalui rencanarencana
yang terkandung dalam setiap keluarannya. Perbincangan tentang
bahasa dalam majalah tersebut dalam tempoh 10 tahun (1924-1934) meliputi:
i. pelajaran bahasa;
ii. perbincangan umum tentang bahasa;
iii. isu-isu bahasa;
iv. aspek kreatif bahasa;
v. maklumat penerbitan bahasa
(Nik Safiah Karim 1981).
594 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Salah satu badan bahasa dan kesusasteraan yang berperanan penting
ialah Angkatan Sasterawan 50. Pendirian ASAS 50 tentang penyatuan bahasa
Melayu tercermin dengan jelasnya dalam memorandum dan kertas kerja yang
dibentangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada
tahun 1956. Dalam ‘Memorandum mengenai Tulisan Rumi untuk Bahasa
Melayu’ ASAS 50 menekankan pentingnya tulisan bagi bahasa Melayu supaya
bahasa Melayu di Malaya dengan bahasa Melayu di Indonesia dapat
dihubungkan, dan malah disamakan atau disatukan (Memoranda, 1962: 21).
Dalam memorandum tentang ‘Penyatuan Bahasa Melayu Malaya dan
Indonesia’ ASAS 50 menegaskan bahawa bahasa Melayu di Malaya dan di
Indonesia pada dasarnya masih tetap sama. Ditekankan dalam memorandum
itu bahawa bahasa Melayu di Malaya dan Indonesia mempunyai persamaan
dari sudut fonologi, morfologi, perbendaharaan kata, sintaksis, ungkapan dan
peribahasa, serta ucapan (Memoranda, 1962: 48-55).


Selanjutnya dalam memorandum itu juga disarankan penyatuan ejaan,
ucapan, pembentukan komisi Malaya-Indonesia dalam rangka mengatasi
beberapa perbezaan kecil yang ada, kunjungan kedua-dua belah pihak untuk
mempelajari perkembangan bahasa Melayu di kedua-dua buah negara
pengiriman pelajar dari Malaya ke Indonesia untuk melanjutkan pelajaran
tentang bahasa dan kesusasteraan Indonesia.


Dapat dikatakan bahawa semua memorandum dan kertas kerja yang
disediakan oleh anggota-anggota ASAS 50 mengandung fikiran dan gagasan
tentang penyatuan bahasa Melayu di Malaya dan bahasa Melayu di Indonesia.
Pada 12 dan 13 April 1952, ASAS 50 bersama-sama dengan Lembaga Bahasa
Melayu, Kesatuan Guru-guru Melayu, Trengkas Melayu Institute dan
Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura mengambil inisiatif
mengadakan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu Se-Malaya I di Singapura.
Kongres ini menjadi titik permulaan yang penting ke arah usaha penyatuan
bahasa Melayu yang disetujui dan diputuskan dalam Kongres Ketiga. Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu II diadakan di Seremban pada 1 dan 2 Januari
1954 untuk menentukan sikap tentang tulisan Rumi dan Jawi. Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan Johor Bharu dari
16 hingga 21 September 1956 itu merupakan kongres yang terpenting dalam
hubungannya dengan cita-cita penyatuan bahasa Melayu
Dalam kongres itulah dirumuskan beberapa hal yang berkaitan dengan
penyatuan bahasa Melayu, iaitu:
1.‘Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang berbeza-beza sedikit
tentang ejaan dan beberapa hal lainnya hendaklah disatukan, karena
asal dan dasar Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia itu satu dan
sama saja’. (Memoranda 1962: 261);
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 595
2.’Untuk menyatukan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, satu
Lembaga Bersama Malaya-Indonesia hendaklah diadakan untuk
mempelajari dan menyelenggarakan hal-hal mengenai tatabahasa,
istilah dan kamus, dan Lembaga ini hendaklah bekerjasama dengan
kerajaan’. (Memoranda, 1962: 266-267).
Sesudah merdeka hingga sekarang, perjuangan ke arah penyatuan bahasa
Melayu diteruskan pula oleh persatuan-persatuan seperti Persatuan Penulis
Nasional (PENA) dan GAPENA.
Sebagai satu badan gabungan yang mewakili 21 pertubuhan penulis di
seluruh Malaysia, sejak lebih satu dekad yang lalu GAPENA terlibat secara
aktif dan tekal (konsisten) dalam menyelenggarakan berbagai-bagai pertemuan
kesusasteraan pada peringkat negeri, kebangsaan dan serantau. Di antaranya
termasuklah Hari Sastera (sebanyak 8 kali sejak tahun 1972), Pertemuan/
Seminar Kesusasteraan Nusantara, Pertemuan Dunia Melayu 1982. Di antara
perayaan-perayaan Hari Sastera yang paling lantang menyuarakan cita-cita
penyatuan bahasa Melayu itu ialah yang berlangsung di Ipoh itu, di samping
menggelorakan semangat dan menghidupkan ingatan, telah juga menghasilkan
satu buku penting yang berjudul Imej dan Cita-Cita. Pertemuan Dunia Melayu
1982 di Melaka itu pun tidak kurang pentingnya dalam usaha menyalakan citacita
tersebut.


Dalam setiap pertemuan tersebut jumlah penyertaan dan kadar minat
cendekiawan Indonesia (baik dari kalangan karyawan sastera mahupun
golongan akademik) semakin bertambah secara progresif. Begitu pula halnya
dengan penyertaan dari Brunei, Singapura dan wilayah-wilayah Thai Selatan.
Penyertaan dari Indonesia itu semakin besar ertinya apabila disedari bahawa
di antara yang datang itu termasuk juga tokoh-tokoh besar dari bidang yang
berbeza-beza seperti Haji Rosihan Anwar (Hari Sastera 1980 di Ipoh), Dr.
Taufik Abdullah dan Dr. Umar Khayam (Pertemuan Dunia Melayu 1982 di
Melaka), Tun Adam Malik (Hari Sastera 1983, di Johor Bharu). Selain itu,
dalam pertemuan-pertemuan yang lain dapat pula disebut nama-nama seperti
Profesor Sutan Takdir Alisjahbana, Dr. Roeslan Abdul Gani, Mochtar Lubis, A.
A. Navis, Mochtar Naim dan puluhan lagi nama-nama lain dari generasi yang
lebih muda yang dengan berkesan sedang menjiwai dan mewarnai kehidupan
kebudayaan dan keintelektualan Indonesia. Penyertaan mereka semua dalam
berbagai-bagai kegiatan dan pertemuan seperti yang disebutkan tadi sepanjang
tahun 1970-an dan 1980-an ini sudah tentu memungkinkan berlakunya interaksi
yang lebih intim dan intensif dengan rakan-rakan dari dunia Melayu yang lain.
Satu hal lagi yang tidak kurang pentingnya ialah bahawa beberapa resolusi,
rumusan atau penyataan bersama telah diisytiharkan dan dirakamkan pada
akhir setiap pertemuan tersebut (Sila lihat Lampiran A). Semua ini dengan
sendirinya dapat diertikan sebagai proses penjelmaan dan pencapaian yang
596 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
lebih konkrit daripada cita-cita penyatuan yang diidam-idamkan sejak berpuluhpuluh
tahun sebelumnya. Namun demikian, memang patut juga disedari bahawa
penjelmaan dan pencapaian daripada cita-cita tersebut masih jauh daripada
sempurna. Oleh sebab itu masih banyak yang perlu dikerjakan, lebih-lebih lagi
apabila rintangan-rintangan yang menghalang datang silih berganti.
Pelaksanaan Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia
Perhatian pemerintah Belanda terhadap bahasa Melayu di Indonesia bermula
dengan usaha mendirikan Balai Pustaka pada tahun 1908. Balai Pustaka didirikan
untuk menyediakan bahan bacaan kepada rakyat yang tclah belajar membaca
dan menulis di sekolah desa. Namun demikian pada peringkat awal sumbangan
Balai Pustaka tidak seberapa, kerana penerjemah dan pengarang agak kurang.
Dengan masuknya St. Perang Bustami, Nur Sutan Iskandar, Muhamad Kasim,
Abdoel Moeis dan S. Pamoentjak, barulah peranan Balai Pustaka menjadi jelas
dalam hal penyuburan bahasa Melayu.


Dalam zaman pendudukan Jepun, terdiri pula Komisi Bahasa Indonesia
pada 20 Oktober 1941. Badan ini didirikan oleh pemerintah Jepun semata-mata
sebagai alat propaganda untuk melenyapkan pengaruh Belanda di Indonesia.
Namun demikian, rahmat tersembunyi di sebalik hal itu ialah tersebarnya bahasa
Melayu dengan lebih meluas.


Sesudah merdeka pada tahun 1945, pemerintah Indonesia giat berusaha
untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang berfungsi
kenegaraan. Tahun 1952 menandai suatu detik penting apabila beberapa buah
sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa
pengantar satu-satunya diambil alih oleh pemerintah dan bahasa Indonesia
langsung dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah tersebut (Khaidir
Anwar, 1980: 80). Pada tahun itu juga Menteri Pendidikan dan Kebudayaan
mengeluarkan arahan khusus tentang peranan dan tanggungjawab bahagian
bahasa di kementerian tersebut, iaitu:
1. Peranan membina dan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan
Indonesia.
2. Untuk melaksanakan peranan tersebut, bahagian bahasa
bertanggungjawab: (i) mengawal dan mengkaji bahasa Indonesia sebagai
alat penyatuan, (ii) mendekatkan bahasa Indonesia dengan bahasa-bahasa
daerah dalam hal aturan-aturan bahasa dan kosa kata; (iii) mengembangkan
kesusasteraan nasional.


Sementara itu Komisi Bahasa Indonesia yang wujud sejak tahun 1946
secara aktif mencipta istilah-istilah baru di samping melakukan kegiatankegiatan
bahasa yang lain. Komisi itu menjadi bahagian Institut Linguistik dan
Kebudayaan Universitas Indonesia pada tahun 1952.


Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 597
Di Malaysia pula perhatian kerajaan Inggeris terhadap bahasa Melayu
ditandai oleh penubuhan Pejabat Karang-Mengarang Melayu pada tahun 1924
di Maktab Perguruan Sultan Idris. Penubuhan pejabat tersebut diilhamkan
oleh O. T. Dussek yang mengingini sebuah badan seperti Balai Pustaka di
Indonesia sesudah beliau melawat Balai Pustaka pada tahun 1915. Pejabat itu
mula-mula diketuai oleh O. T. Dussek sendiri yang ketika itu menjadi Guru
Besar MPSI, sedang Bahagian Melayu diketuai oleh Zainal ‘Abidin Bin Ahmad
(Z’aba) yang menjadi pensyarah di Maktab tersebut. Kegiatan utama Pejabat
Karang-Mengarang ialah menerjemahkan karya-karya sastera Inggeris ke dalam
bahasa Melayu dan kemudian menerbitkannya. Buku-buku terjemahan tersebut
dimasukkan ke dalam siri The Malay Home Library Series.


Sumbangan Pejabat Karang-Mengarang yang lebih penting ialah
perencanaan The Malay School Series, iaitu siri buku pelajaran untuk sekolah
Melayu. Dalam rangka memenuhi siri itulah sebenamya Z’aba berusaha
menyusun Pelita Mengarang. Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang
Melayu, dan Daftar Ejaan Melayu. Dalam hal pembinaan bahasa, sumbangan
Pejabat Karang-Mengarang banyak bergantung pada sumbangan Z’aba
sebagai ahli bahasa. Pelita Bahasa Melayu (Jilid I, II dan III) yang dikarang
oleh Z’aba ternyata benar-benar menjadi pelita bagi alam tatabahasa Melayu
di Malaysia, dana dalam usaha penyatuan bahasa Melayu Malaysia-Indonesia,
huraian tatabahasa Z’aba dalam Pelita meyakinkan kita tentang banyaknya
persamaan tatabahasa Melayu di Malaysia dengan tatabahasa Melayu yang
ditulis oleh para ahli tatabahasa di Indonesia.


Peranan Pejabat Karang-Mengarang kemudian diambilalih oleh Balai
Pustaka yang didirikan pada bulan Julai tahun 1956, iaitu sebagai melaksanakan
kcputusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada bulan
September 1956 menyarankan perubahan nama Balai Pustaka itu kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka yang bertaraf perbadanan dan dengan ruang lingkup
tugas yang lebih besar. Saranan ini diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan.
Sejak itu Dewan Bahasa dan Pustaka diberi amanah melakukan tugas membina
dan mengembangkan bahasa kebangsaan. Aspek-aspek bahasa yang tercakup
dalam tugas Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan
pengembangan bahasa ialah ejaan rumi, peristilahan; perkamusan, penyelidikan,
dan pelaksanaan bahasa.


Kemerdekaan pada tahun 1957 memberikan erti yang sesungguhnya
terhadap taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Hal ini demikian kerana Perlembagaan memberikan peruntukan yang amat jelas
tentang taraf bahasa Melayu pada Perkara 152. Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67, Akta Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961 memperkukuh undangundang
negara dalam hal taraf bahasa Melayu.


Kita sudah melihat pelaksanaan pemerintah Indonesia dan kerajaan
Malaysia dalam usaha meninggikan taraf bahasa Melayu. Sekali lalu usaha598
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
usaha yang dijalankan itu kelihatan lebih berkaitan dengan kepentingan negara
masing-masing. Namun demikian usaha-usaha tersebut sebenarnya menjadi
persiapan ke arah kerjasama antara negara.


Pada tahun 1959, suatu perjanjian persahabatan yang turut meliputi
kerjasama kebahasaan ditandatangani oleh Djuanda sebagai Perdana Menteri
Indonesia dan Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu. Beberapa pertemuan ahli-ahli bahasa dari kedua-dua pihak diadakan
untuk menghasilkan ejaan bersama yang disebut Ejaan Melindo. Sayangnya
Konfrantasi di antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963
membantutkan kerjasama tersebut.


Sesudah berakhimya Konfrantasi pada tahun 1965, suatu jawatankuasa
ejaan yang baru dibentuk pula di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail (Malaysia)
dan S. W. Rudjiati Muljadi (Indonesia). Pada tahun 1967 dimeteraikanlah
perjanjian Ejaan Baru. Sistem ejaan baru (di Indonesia disebut Sistem Ejaan
yang Disempurnakan) itu diumumkan serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta
pada 16 Ogos 1972. Peristiwa tersebut amat penting dalam sejarah penyatuan
bahasa Melayu kerana dari saat itu dua buah negara Melayu pada dasamya
mula menggunakan sistem ejaan yang satu dengan beberapa perbezaan kecil
yang dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.


Dalam bulan Mei tahun 1972 juga, dibentuk Majlis Bahasa Indonesia
(MBIM) yang menjadi forum musyawarah kebahasaan di antara Malaysia
dengan Indonesia. Dalam forum yang berupa sidang dua kali setahun itu,
Malaysia diwakili oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM), dan
Indonesia diwakili oleh Panitia Kerjasama Kebahasaan Indonesia Malaysia.
Dua badan yang bergerak aktif di belakang MBIM itu ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka (di Malaysia) dan Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (di
Indonesia).


Majlis Bahasa Indonesia Malaysia memberikan keutamaan kepada masalah
ejaan dan istilah dan baru-baru ini meluaskan perhatian kepada kamus istilah
dan kosa kata umum pula. Dalam rangka masa depan, MBIM mungkin akan
memusatkan perhatian kepada aspek tatabahasa dan perkamusan. Peranan
MBIM sebagai forum kerjasama kebahasaan se-Nusantara menjadi lebih bererti
lagi dengan ikut sertanya perwakilan dari negara Brunei Darussalam sebagai
pemerhati sejak tahun 1982. Kami berasa positif bahawa Brunei akhimya kelak
akan menjadi anggota tetap dalam MBIM demi menjayakan cita-cita penyatuan
bahasa Melayu se-Nusantara.


MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Dalam bahagian 1 dan 2 di atas, kita dapat melihat usaha-usaha yang dilakukan
dan perkembangan yang membantu penyatuan bahasa Melayu. Dalam pada
itu kita berhadapan dengan kenyataan yang menghambat cita-cita penyatuan
bahasa Melayu. Di antaranya disenaraikan di bawah.

Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 599
Perkembangan Bahasa Secara Liar
Dalam pada perancangan bahasa diusahakan dengan sungguh-sungguh oleh
agensi-agensi bahasa, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan
yang mengingini adanya suatu bahasa baku, berlaku pula perkembangan
bahasa yang dapat dianggap liar atau tidak terkawal. Kesalahan-kesalahan
bahasa yang banyak ditemukan dalam sektor pentadbiran, pendidikan, media
massa dan sektor-sektor lain yang penting merupakan seakan-akan barah yang
menggugat keutuhan bahasa Melayu. Keadaan itu mungkin bersifat sementara,
iaitu sebagai manifestasi tentang betapa pesatnya bahasa Melayu berkembang
menjadi bahasa bagi segala bidang kehidupan dalam keadaan sebilangan
penggunanya belum dapat benar-benar menggugat sistem bahasa Melayu
sebagai bahasa persatuan.


Pengaruh Pelbagai Bahasa Daerah dan Dialek
Bahasa Melayu memang kaya dengan dialek. Pertumbuhan sesuatu dialek
selaras dengan fungsi dialek tersebut dalam lingkungan masyarakat tertentu.
Dengan sifatnya yang terbatas dan terlalu bersahaja itu, dialek tidak mungkin
dapat digunakan untuk hal-hal rasmi. Namun demikian, pengaruh pelbagai
dialek seringkali juga terlihat dalam penggunaan bahasa untuk hal-hal rasmi.
Yang lebih buruk lagi ialah masuknya pengaruh bahasa basahan atau kolokial
dalam konteks formal. Di Indonesia khususnya, pengaruh bahasa-bahasa
daerah turut menggugat kemurnian bahasa Melayu. Di samping
menyumbangkan unsur-unsur yang positif kepada bahasa Melayu, terutama
dalam hal kosa kata, dialek dan bahasa daerah tidak kurang menimbulkan
gangguan bahasa dalam hal struktur sintaksis dan sebutan formal. Hal ini
tentu saja menggugat pembentukan bahasa Melayu baku se-Nusantara.


Prasangka dan Emosi
Sementara usaha penyatuan bahasa MeIayu dilakukan dengan giat, ada juga
prasangka yang timbul daripada emosi atau sentimen yang menghambat citacita
tersebut daripada kalangan mereka yang berpandangan sempit. Kesan
pemisahan dunia Melayu yang dilakukan oleh penjajah tampaknya masih
berpengaruh pada sikap sebilangan orang Melayu. Batas geopolitik kadangkadang
masih menjadi tembok yang kuat untuk menghalang penerimaan unsurunsur
bahasa Melayu dari suatu daerah di luar negara. Di Malaysia misalnya,
ada orang-orang dari kalangan awam yang beranggapan bahawa bahasa
Indonesia telah mencemarkan bahasa Malaysia, seolah-olah bahasa Melayu
Indonesia itu bahasa asing (lihat rencana Misjah Aini, 1981, sebagai contoh).
Perbezaan-perbezaan kccil yang ada di antara bahasa Indonesia dengan bahasa
Malaysia yang berpunca daripada perjalanan sejarah yang berlainan itu kadangkadang
dibesar-besarkan saja.


600 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Pada waktu mula-mula sistem ejaan rumi di Indonesia dan di Malaysia
diselaraskan, perdebatan tentang ‘pihak mana mengalah kepada pihak mana’
demikian hangatnya disiarkan dalam surat khabar. Emosi atau sentimen
kenegaraan dan kedaerahan yang sempit seumpama itu dapat menghambat
penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara.
Pendewaan terhadap Bahasa Bekas Penjajah
Walaupun lndonesia dan Malaysia sudah agak lama lepas daripada penjajahan,
‘namun pada kenyataannya pengaruh bahasa penjajah masih agak kuat. Untuk
tujuan memperoleh ilmu kita tidak perlu menentang penggunaan bahasa yang
kebetulan bahasa penjajah. Tetapi malangnya ada anggota masyarakat yang
menganggap tinggi akan bahasa bekas penjajah itu dan sebaliknya memandang
rendah akan bahasa Melayu. Golongan inilah yang sering meragui kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Golongan inilah juga yang lebih
menguasai bahasa bekas penjajah tetapi sebaliknya kurang menguasai bahasa
Melayu. Seandainya sikap pendewaan terhadap bahasa bekas penjajah tidak
dihapuskan, usaha pembakuan bahasa Melayu se-Nusantara banyak sedikitnya
terhambat juga.


Pelaksanaan yang Bertentangan dengan Filsafat, Cita-cita dan Dasar
Dalam pelaksanaannya, ada juga hal-hal yang bertentangan dengan filsafat,
cita-cita dan dasar kebahasaan sehingga turut menghambat penyatuan bahasa
Melayu. Sebagai contoh, tujuan asal kerjasama kebahasaan di antara Malaysia
dengan Indonesia tidaklah lain daripada penyatuan bahasa Melayu. Namun
demikian, pada pelaksanaannya ada sikap untuk membiarkan perbezaanperbezaan
yang wujud di antara bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Melayu
di Indonesia itu kekal seperti yang sedia ada. Malahan adanya prinsip ‘bersetuju
untuk tidak bersetuju’ dalam MBIM itu kelihatan bertentangan dengan
semangat asal mulanya.


Akhir-akhir ini kita berhadapan dengan soal pembakuan sebutan. Dewan
Bahasa dan Pustaka, dengan sokongan GAPENA, PLM, PENA dan Persatuan
Suluh Budiman menetapkan bahawa sebutan baku ialah sebutan yang
didasarkan pada ejaan. Sebagai langkah awal, tumpuan perhatian diberikan
kepada kata-kata yang berasal daripada bahasa asing. RTM pada satu ketika
sungguh ghairah berkempen dan berusaha untuk melaksanakan sebutan baku
itu. Sayangnya usaha awal itu mendapat reaksi yang negatif daripada pucuk
pimpinan kerajaan sendiri sebagaimana ternyata daripada tidak adanya
keputusan yang jelas. Salah satu sebab yang menghalang pelaksanaan sebutan
baku itu ialah adanya anggapan setengah-setengah golongan bahawa sebutan
baku yang dikemukakan itu seolah-olah meniru-niru cara sebutan di Indonesia.
Anggapan yang negatif dan naif ini jelas bertentangan dengan kerjasama
serantau dari sudut bahasa dan kebudayaan. (Sila lihat hujah-hujah yang
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 601
menolak anggapan negatif ini dan yang menyokong perlunya diwujudkan
sebutan baku bahasa Melayu yang didasarkan pada sistem ejaan fonemik
dalam Kertas Kerja Tambahan: Sebutan Baku Berdasarkan Sistem Fonemik
oleh Asraf.)


Perkembangan IImu Linguistik Deskriptif
Dari satu sudut, ilmu linguistik deskriptif ada gunanya, iaitu untuk
mengumpulkan dan menguraikan data tentang wujud bahasa secara sinkronis.
Sayangnya, apabila hasil uraian daripada linguistik deskriptif ini diterima bulatbulat
tanpa penilaian secara deduktif, segala bentuk bahasa yang menyimpang
daripada sistem yang sedia ada itu pun dianggap seolah-olah benar atas dasar
deskriptifisme dari sudut sosiolinguistik. Dengan demikian, kekacauan bahasa
yang berlaku dianggap semata-mata suatu fenomenon dalam perkembangan
bahasa, sehingga masyarakat pengguna bahasa tidak memperoleh dorongan
untuk menggunakan bahasa secara teratur. Jika hal ini berterusan, baik di
mana-mana saja di Nusantara Melayu, lambat-laun jalan bahasa Melayu akan
menjadi simpang-siur sehingga akan hilanglah arah penyatu bahasa Melayu.
Kegagalan Setengah-setengah Golongan di Satu Negara dalam Memahami
Masalah di Negara yang Lain
Satu lagi rintangan dalam usaha meningkatkan penyatuan bahasa Melayu ini
ialah terdapatnya segolongan kecil, baik di Malaysia mahupun di Indonesia,
yang kurang arif tentang masalah-masalah setempat. Umpamanya ada pihak di
negara A yang kurang arif tentang realiti politik dan sosial di negara B sehingga
menimbulkan ucapan-ucapan dan tindakan atau reaksi yang, berlawanan
dengan semangat penyatuan. Demikian pula kebalikannya di antara negara B
dengan negara A.


Kegagalan Melihat Manfaat Penyatuan
Daripada berbagai-bagai masalah yang dijelaskan di atas dapatlah dirumuskan
bahawa masalah yang paling pokok ialah kegagalan setengah-setengah pihak
dalam menyedari manfaat bersama yang dapat dihasilkan dengan penyatuan
bahasa Melayu itu. Masih ada pihak yang tidak sedar, bahawa penyatuan
bahasa Melayu itu akan mendatangkan manfaat yang sangat banyak kepada
para pengguna bahasa itu di rantau Asia Tenggara ini, baik dari segi komunikasi
dan politik, mahupun dari segi sosial, ekonomi, dan perkembangan ilmu
pengetahuan. Oleh sebab itu dalam mencari penyelesaian terhadap berbagaibagai
masalah yang dinyatakan tadi, yang penting dilakukan ialah menjelaskan
berbagai-bagai manfaat tersebut dalam konteks semasa dan dalam perhitungan
jangka panjang.


602 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Beberapa Manfaat Penyatuan
Sejauh ini, kertas kerja kami telah membuat rangka tiga perkara pokok tentang
penyatuan bahasa Melayu ini: aspek sejarah dari sudut kegiatan ilmu,
perjuangan rakyat dan pelaksanaan kerajaan serta masalah-masalah yang
dihadapi. Salah satu masalah yang disentuh tadi ialah masalah tentang
kegagalan setengah-setengah pihak dalam menyedari manfaat bersama yang
akan diperoleh daripada penyatuan bahasa Melayu. Tidaklah benar dakwaan
bahawa setiap orang telah menyedari pelbagai manfaat tersebut. Oleh sebab
itu, hal ini perIu dijelaskan lebih lanjut.


MANFAAT DARI SEGI POLITIK
Sebagai alat utama bahasa Melayu telah dapat memperlihatkan jasanya dalam
menggelorakan semangat nasionalisme untuk menentang kuasa kolonial di
negara-negara Nusantara. Sehubungan dengan iru, kira-kira 13 tahun yang
lalu, Menteri Luar Negeri, Republik Singapura, S. Rajaratnam pernah
menyarankan supaya gelora nasionalisme yang pada zaman penjajahan dulu
digunakan untuk memperjuangkan kemerdekaan hendaklah digunakan dalam
zaman sesudah merdeka untuk menjayakan matlamat pembangunan. Usahausaha
menggelorakan nasionalisme itu, walau untuk tujuan apapun, akan
menjadi lebih berhasil dan berkesan dengan pertolongan satu bahasa persatuan.
Ini bererti juga bahawa semangat nasionalisme serantau yang digelorakan
oleh bahasa Melayu yang satu dan seragam itu, di samping meningkatkan
kesefahaman politik akan juga menolong meningkatkan pencapaian matlamat
pembangunan sosioekonomi di negara-negara yang bersangkutan di Asia
Tenggara ini.


Manfaat dari Segi Komunikasi
Betapa pentingnya komunikasi dan kehidupan manusia memang tidak perIu
dijelaskan lagi. Betapa pentingnya peranan bahasa dalam proses komunikasi
itu memang sudah lebih daripada jelas bagi kita semua. Komunikasi yang
berkesan memungkinkan pengaliran fikiran dan pendapat dengan cara yang
lebih licin dan lancar. Seterusnya ini akan memungkinkan interaksi yang lebih
baik dalam pelbagai bidang antara pihak-pihak yang mempunyai kemudahan
berkomunikasi itu (iaitu ‘bahasa’ dalam konteks perbincangan kita ini). Jadi,
dari aspek komunikasi, penyatuan bahasa Melayu serantau bermakna
mengoptimumkan peluang interaksi tersebut di antara 10 juta rakyat Malaysia
dengan 140 juta rakyat Indonesia. Demikian pula kebaikannya; dan ditambah
lagi dengan beberapa juta pengguna bahasa Melayu itu di Brunei, Singapura,
Filipina Selatan dan Thai Selatan. Penguasaan satu bahasa yang memungkinkan
peluang berkomunikasi dengan manusia yang ratusan juta itu tentu saja
meningkatkan rasa keyakinan diri di kalangan para penggunanya, apa lagi jika
ditambah dengan kesedaran bahawa bahasa tersebut adalah bahasa ibunda
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 603
mereka sendiri. Demikianlah manfaat dari segi komunikasi itu sekali gus
membawa manfaat dari segi meningkatkan keyakinan dan harga diri.


Manfaat dari Segi Ekonomi
Di samping manfaat dari segi komunikasi tadi ada pula manfaat dari segi
ekonomi. Dalam hal ini yang terutama ialah bidang industri penerbitan yang
dengan sendirinya akan mempunyai pasaran yang lebih besar. Ini bermakna
akan membawa ganjaran ekonomi yang lebih besar kepada penulis, penerbit,
pencetak dan tidak ketinggalan pengedar. Apabila buku-buku berbahasa
Melayu sudah mendapat jaminan pasaran yang menguntungkan, penerbitannya
tidak akan terbatas pada buku-buku popular saja. Dengan itu ratusan pusat
pengajian tinggi, ribuan perpustakaan, dan ratusan ribu para cendekiawan
dan karyawan akan sekali gus menampung dan menghasilkan bahan bacaan
berbahasa Melayu itu. Serentak dengan itu dunia bahasa Melayu yang satu
dan seragam itu akan mempunyai pasaran yang cukup ekonomis sifatnya
untuk penerbitan yang ‘sophisticated’.


Satu lagi aspek ekonomi yang membawa harapan cerah daripada penyatuan
bahasa Melayu itu ialah pengumpulan dan penggemblengan sumber-sumber
ekonomi secara gotong-royong di antara negara-negara Nusantara untuk
pengembangan dan peningkatan mutu bahasa Melayu itu.


Manfaat dari Segi Ilmu Pengetahuan
Untuk menyebarkan ilmu pengetahuan diperlukan istilah-istilah serta laras
khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Pembentukan dengan penyebaran istilah ini
akan dapat memberikan manfaat yang lebih banyak kepada masyarakat
pengguna bahasa Melayu di semua negara Nusantara jika dilakukan bersamasama
secara muafakat supaya makna istilah dapat lebih merata difahami. Hal
ini menambah jelasnya keperluan terhadap bahasa Melayu yang seragam di
seluruh Nusantara. Hanya dengan penyatuan bahasa se-Nusantaralah bahasa
Melayu kelak dapat terbina sebagai bahasa ilmu untuk menandingi bahasabahasa
lain yang maju di dunia.


SARANAN KE ARAH PEMECAHAN MASALAH
Untuk menghadapi segala rintangan yang ada, dan demi menjayakan cita-cita
penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara, perlulah dari sekarang diambil
langkah-Iangkah tertentu.


Penekanan terhadap Pengajaran Tatabahasa
Oleh sebab selama ini tatabahasa Melayu diabaikan dalam sistem pendidikan
dan pengajaran sehingga lepasan sekolah dan universiti kurang menguasai
bahasa Melayu yang baik, maka disarankan supaya tatabahasa Melayu
diajarkan secara formal, intensif dan sistematik di semua institusi pendidikan.
604 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Penekanan utama hendaklah dilakukan di sekolah, dan di samping itu usaha
pemulihan hendaklah dilakukan di peringkat pengajian tinggi. Dengan demikian
diharapkan bahawa lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi akan keluar
dengan pengetahuan dan kemahiran yang seimbang dalam bidang tertentu
dan juga dalam bidang bahasa.


Mata Kuliah Bahasa dalam Jurusan Komunikasi
Oleh sebab bahasa adalah alat komunikasi yang paling utama, maka
sewajarnyalah mata kuliah bahasa Melayu diadakan dalam kursus jurusan
komunikasi. Hal ini penting oleh sebab media massa yang ada sekarang ini
memperlihatkan kelemahan dalam penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan
penerbit, editor, wartawan, pembaca pruf dan sebagainya.
Jika diterima kenyataan bahawa media massa merupakan saluran untuk
orang mempelajari bahasa secara tidak langsung, maka pengendali media massa
seharusnyalah orang yang benar-benar menguasai selok-belok bahasa
walaupun ia tidak semestinya perlu menjadi ahli bahasa.


Peninjauan Kembali terhadap MBIM
MBIM sebagai forum kerjasama kebahasaan yang ulung di Nusantara memikul
tanggungjawab yang besar dalam hal penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara.
Kegiatan awal MBIM yang tertumpu kepada penyelarasan ejaan dan istilah
sudah memperlihatkan hasilnya. Walau bagaimanapun untuk menghadapi masa
depan bahasa Melayu di rantau ini, ruang lingkup peranan MBIM perlu ditinjau
kembali.


Di samping terus mengerjakan istilah, MBIM perlu menjadi jambatan ke
arah peningkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan yang utuh.
MBIM dapat menjadi penyelaras dalam kerjasama penerjemahan karya-karya
besar ke dalam bahasa Melayu. Malahan MBIM patut memelopori penyusunan
kamus bahasa Melayu se-Nusantara yang mencantumkan segala variasi bahasa
Melayu yang ada. Dalam bidang pembinaan dan pengembangan bahasa,
MBIM harus memikirkan usaha dan cara-eara untuk menyeragamkan tatabahasa
baku serta sebutan atau bunyi bahasa formal se-Nusantara.


Dasar Ejaan dan Penciptaan Istilah
Demi keselarasan dan penyatuan bahasa se-Nusantara, perlu diusahakan
penyelidikan yang mendalam dari semasa ke semasa tentang ejaan yang berbeza
bagi kata-kata tertentu di antara negara-negara berbahasa Melayu. Hanya
dengan demikian baru dapat dipastikan ejaan yang betul bagi bahasa Melayu
di semua daerah. Sementara belum terdapat kepastian tentang salah benarnya
ejaan sesuatu kata itu maka kedua-dua ejaan harus diizinkan bagi para pengguna
bahasa untuk memilihnya. Menetapkan hanya satu ejaan dan menolak yang
lain bagi sesuatu kata yang belum dapat dipastikan benar salahnya bererti
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 605
menyekat pemikiran ilmiah para sarjana yang berusaha dalmn bidang pembinaan
dan pengembangan bahasa kita. Selama ini ada ejaan yang disengajakan
berbeza, semata-mata menurut rasa atau kebiasaan setempat saja tanpa dasar
ilmiah. Sikap yang sedemikian tentu tidak selaras dengan cita-cita penyatuan
bahasa Melayu.


Di samping itu, dasar penciptaan istilah yang ada sekarang patutlah
dipatuhi. Perkembangan sekarang ini membuktikan banyaknya istilah yang
dicipta dengan tidak berdasar pada prinsip yang ditetapkan, sehingga istilahistilah
itu menyimpang daripada sistem fonologi dan morfologi Melayu bererti
penyimpangan daripada ilmu bahasa dan menyebabkan bahasa Melayu
kehilangan identiti keilmuannya.


Pertukaran Bahan Bacaan di Negeri-negeri Berbahasa Melayu
Supaya bahasa Melayu benar-benar tersebar, amat penting direncanakan
pertukaran bahan bacaan di antara Negara-negara berbahasa Melayu. Dengan
demikian, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan dan
bahasa pemikiran akan mendapat khalayak yang lebih besar jumlahnya. Hal ini
pasti dapat meningkatkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
dan bahasa perhubungan yang utuh di rantau Asia Tenggara ini. Dengan
adanya pertukaran bahan bacaan seumpama itu juga, lambat-laun bahasa
Melayu yang digunakan di daerah-daerah tertentu itu akan dapat lepas daripada
ciri-ciri yang bersifat setempat, dan akan bersifat lebih umum. Hal ini erat sekali
kaitannya dengan cita-cita penyatuan bahasa Melayu se-Nusantara.
Pertemuan dan Kerjasama di antara Cendekiawan, Seniman dan Budayawan
Negara-negara Berbahasa Melayu
Supaya bahasa Melayu dan soal-soal yang berkaitan dengan itu dapat
dibincangkan, dan supaya bahasa Melayu dapat memenuhi fungsi intelektual,
kesenian, kebudayaan dan ilmu pengetahuan, perlu diadakan pertemuan yang
lebih kerap dan kerjasama yang lebih erat di antara para cendekiawan,
bahasawan, sasterawan, seniman dan budayawan negara-negara berbahasa
Melayu. Dengan demikian, diharapkan bahawa bahasa Melayu senantiasa
‘hidup’ dalam dunia golongan-golongan yang berpengaruh dan yang
menentukan hidup matinya bahasa Melayu itu. Dengan pertemuan dan
kerjasama sedemikian itu, diharapkan bahawa setiap pihak dapat mempelajari
perkembangan pihak yang lain dengan semangat saling memberi dan menerima,
khususnya dalam soal-soal kebahasaan.


Pemeliharaan Konsep Bahasa Melayu
Jalan sejarah dan perkembangan sosiopolitik yang dilalui oleh negara-negara
berbahasa Melayu jelas berbeza-beza. Dengan demikian bahasa Melayu yang
berkembang di tiap-tiap negara itu turut berbeza juga. Malahan bahasa Melayu
606 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
di setiap negara itu dihubungkan dengan semangat kebangsaan bagi negara
itu. Hal ini bukan saja menyebabkan perubahan nama bahasa Melayu menjadi
bahasa yang dihubungkan dengan nama negara (Bahasa Indonesia dan Bahasa
Malaysia), malah menyebabkan timbulnya faham kebangsaan sempit juga
sehingga konsep bahasa Melayu yang sebenamya kian pupus.


Para pemimpin politik, budayawan dan penulis perlu menimbulkan
kesedaran di kalangan masyarakat tentang hakikat luasnya daerah penyebaran
bahasa Melayu, walaupun perubahan kembali kepada nama bahasa Melayu
sekarang kelihatan sukar. Dengan adanya kesedaran itu, tidaklah akan luntur
atau kurang cinta rakyat terhadap negara, malah mereka dengan lebih yakin
akan mempertahankan bahasa kebangsaan yang tidak lain daripada bahasa
Melayu yang luas daerah penyebarannya itu. Sebagai contoh, bangsa Amerika
tidak kehilangan identitinya dan semangat kebangsaannya sebagai salah satu
bangsa dan kuasa besar di dunia walaupun nama bahasanya masih tetap English
(bahasa Inggeris).


Penekanan terhadap Aspek Normatif dalam Pembinaan Bahasa
Sebagai negara-negara yang sedang membangun dan sedang membina bahasa
kebangsaannya, peraneang bahasa di negara-negara berbahasa Melayu perlu
menekankan aspek normatif dalam pembinaan bahasa. Hal ini penting oleh
sebab bahasa Melayu yang sedang dibina itu harus dapat menjadi bahasa
ilmu, bahasa pemikiran, bahasa sains dan teknologi serta bahasa kebudayaan
tinggi.


Untuk maksud tersebut, diperlukan bahasa yang tetap dan jelas hukumhukum
tatabahasanya. Hal ini melibatkan peranan ahli-ahli bahasa di negaranegara
berbahasa Melayu juga. Di samping berusaha untuk mencuba
menerapkan pelbagai pendekatan-linguistik, ahli-ahli bahasa Melayu
sewajarnya berpadu tenaga untuk membina aspek normatif bahasa Melayu.
Penyelarasan Kurikulum Bahasa Melayu
Supaya bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah di semua negara bahasa
Melayu bersifat relatif seragam, sebaik-baiknya diusahakan penyelarasan
kurikulum bahasa Melayu bagi sekolah semua negara yang berbahasa Melayu.
Dengan demikian tatabahasa yang diajarkan ialah tatabahasa Melayu yang
sama. Peribahasa dan gaya bahasa yang diajarkan pun akan bersifat sama juga
untuk tiap-tiap bidang ilmu dan cara hidup yang berbagai-bagai. Jika langkah
ini dapat dilaksanakan, bahasa Melayu akan benar-benar menjadi bahasa
persatuan di Nusantara ini.


Pusat Bahasa Melayu Serantau
Sudah agak sering disarankan bahawa dunia Melayu memerlukan sebuah Pusat
Bahasa Melayu Serantau sebagaimana adanya RELC di Singapura untuk
Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 607
bahasa Inggeris. Di sini kami ingin mengulang saran tersebut supaya
Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) atau
organisasi yang lain dapat memulakan langkah mendirikan pusat tersebut.
Prakarsa ke arah penubuhan Pusat Bahasa Melayu ini dapat dilakukan oleh
negara-negara berbahasa Melayu: Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Dengan adanya Pusat Bahasa Melayu Serantau itu, penyelidikan dan
pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan bagi rantau ini
akan dapat direncanakan. Dengan demikian juga pusat tersebut dapat membina
sikap yang terbuka di kalangan ahli-ahli bahasa, para pelajar dan masyarakat
umum terhadap konsep bahasa Melayu dengan erti kata yang luas, bukan
bahasa Melayu yang disempitkan konsepnya menurut batas geopolitik. Pusat
ini pasti juga dapat mempergiat penerbitan bahan-bahan tentang bahasa
Melayu dan bahan-bahan bacaan dalam bidang lain dalam bahasa Melayu.
Dengan demikian bahasa Melayu akan benar-benar menjadi bahasa yang
berwibawa di alam Nusantara ini, kerana tradisi persuratan merupakan jaminan
bagi kelangsungan hidup sesuatu bahasa.


PENUTUP
Kertas kerja ini telah menyorot sejarah perkembangan bahasa Melayu sepintas
kilas untuk melihat peristiwa-peristiwa dan usaha-usaha ke arah penyatuan
bahasa Melayu se-Nusantara. Dengan perkembangan yang berlaku sekarang
ini, kami yakin bahawa cita-cita penyatuan bahasa Melayu itu akan lebih
berhasil. Sekarang sudah agak banyak yang dapat diselaraskan dalam hal
aspek formal bahasa Melayu itu sendiri.
608 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
Lampiran
PENYATAAN PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA 1
SEDAR akan adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan
kebudayaan yang berabad-abad lamanya terjaIin di antara rakyat Negaranegara
di kawasan Nusantara;
Sedar akan keperluan memperteguh kembali ikatan dan hubungan tersebut
dalam penjelmaan dan penafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan
kebudayaan Nusantara, khususnya kesusasteraan;
Sedar akan keinginan yang sama dan hak penulis untuk mengucapkan kebenaran
kemanusiaan dan keadilan masyarakat, sebagaimana yang tercatat dalam
DEKLARASI PENULIS ASEAN DI KUALA LUMPUR:
Maka penulis-penulis yang bermesyuarat dalam PERTEMUAN SASTERAWAN
NUSANTARA 1 yang berlangsung di Singapura pada 24 - 26 Disember 1977
dengan bulat muafakat membuat pengisytiharan:
1. Bahawa Pertemuan Sasterawan Nusantara akan diadakan dua tahun
sekali secara bergilir-gilir tempatnya di Singapura, Brunei, Indonesia
atau Malaysia.
2. Bahawa Pertemuan Sasterawan Nusantara merupakan forum bagi
saling bertukar pengalaman, pandangan dan pendapat serta tunjangmenunjang
dalam tiap gerakan dan kegiatan sasterawan dan penulisan
yang terarah bagi kemajuan dan ketinggian kebudayaan dan
kesusasteraan Nusantara.
3. Bahawa Pertemuan Sasterawan Nusantara merupakan forum untuk
usaha lebih meyakinkan pemerintah masing-masing tentang
pentingnya kebudayaan, khususnya kesusasteraan, dalam
pembangunan bangsa sehingga kebudayaan, khususnya bahasa dan
sastera, mendapat prioritas/tempat dalam segala pembangunan negara
masing-masing. Singapura, 26 Disember 1977.


Penyatuan Bahasa Melayu Se-Nusantara 609
KENYATAAN PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA 2
PERTEMUAN Sasterawan 1979 di Jakarta yang dihadiri oleh sasterawan
Indonesia, Malaysia dan Singapura, setelah bersidang dari tanggal 27-29
Disember 1979 dan memperhatikan berbagai-bagai prasaran yang disusul
dengan diskusi, sampai kepada kesimpulan sebagai berikut:
1. Perlu menghimbau pemerintah negara-negara peserta supaya
melakukan penelitian yang lebih mendalam mengenai kebudayaan
Melayu.
2. Perlu menghimbau pemerintah negara-negara peserta supaya
meningkatkan penelitian bahasa dan sastera daerah, baik lisan
mahupun tertulis.
3. Perlu mengadakan bengkel kerja sasterawan paling sedikit sekali
setahun yang dilaksanakan secara bergiliran di kawasan Negaranegara
peserta. Tujuan bengkel kerja ini adalah: (a) meningkatkan
mutu seni dan teknik penciptaan sasterawan negara-negara peserta;
dan (b) mendorong gerak penyatuan pemakaian bahasa-bahasa
nasional di kawasan negara-negara peserta.
4. Perlu menghimbau pemerintah negara-negara peserta supaya
mengadakan perjanjian perlindungan hak cipta.
5. Menghimbau agar para sasterawan meningkatkan peranan dan
tanggungjawabnya dalam perjuangan manusia membina kehidupan
manusia yang lebih manusiawi.


RESOSULI PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA 3
PERTEMUAN Sasterawan Nusantara III yang berlangsung di Balai Seminar,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Disember 1981, dan
dihadiri oleh lebih 300 orang peserta dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan
Singapura, serta para pemerhati dari Sri Lanka dan Thailand.
Adalah satu manifestasi tentang meluasnya minat dan kesedaran terhadap
peningkatan mutu dan jumlah penciptaan, pengkajian dan penyebaran sastera
berbahasa Melayu/Indonesia, serta peningkatan kerjasama se-Nusantara.
1. Mengenai Bahasa dan Sastera, SUPAYA:
a. Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) yang sedang bergerak,
mempelawa pihak kerajaan Brunei dan Singapura menyertai Majlis
ini.
b. Kegiatan MBIM yang setakat ini tertumpu kepada masalah ejaan
bersama dan pembentukan istilah, diperluas agar meliputi bidang
kekreatifan bahasa juga.
610 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV
c. Istilah-istilah ilmu pengetahuan diseragamkan.
d. Institusi-institusi keilmuan dan kebudayaan dengan sokongan penuh
negara-negara Nusantara menganjurkan Kongres Bahasa Melayu/
Indonesia.
e. Diusahakan membawa kembali manuskrip-manuskrip lama di luar alam
Nusantara sama ada bentuk asalnya atau dalam salinan faksimili.
f. Diambil langkah memupuk dan memelihara agar tulisan Jawi tidak
pupus.
2. Mengenai Penerbitan, SUPAYA:
a. Lalu lintas buku-buku, terutama yang ditulis dalam Bahasa Melayu/
lndonesia, haruslah lebih bebas dan munasabah, terutamanya lalu
lintas buku-buku berbahasa Melayu ke Indonesia.
b. Negara-negara Nusantara memastikan pelaksanaan Akta Hak Cipta
agar hak penulis daripada pembayaran royalti dan hak penerbitan
terjamin, sama ada karya tersebut diterbitkan di negara penulis sendiri
atau di negara Nusantara yang lain.
c. Diusahakan satu Kongres dan Pertemuan Besar antara penerbit bukubuku
berbahasa Melayu dan Indonesia dari seluruh Nusantara, bagi
membincangkan masalah kerjasama, terutama yang bersangkutan
dengan pengaliran buku dan hak cipta.
d. Diusahakan sebuah jurnal bahasa dan sastera dan risalah bulanan
sebagai satu media untuk menampung dan menggalakkan pertukaran
maklumat dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Nusantara.
3. Mengenai Kerjasama Se-Nusantara, SUPAYA:
a. Membentuk sebuah Jawatankuasa Bertindak yang dianggotai oleh
perwakilan dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia, sama
ada pada peringkat pemerintah, pergerakan massa, atau kedua-duanya
sekali, bagi merancang kegiatan Pertemuan pada masa-masa yang
akan datang dengan pihak tuan rumah, dari mengambil tindakan
terhadap resolusi-resolusi di atas, dan juga (i) mengadakan bengkel
penulisan bagi penulis-penulis Nusantara, (ii) mewujudkan Dermacipta
(grant) Nusantara, (iv) menganjurkan kegiatan bersama dalam
bidangkegiatan dan kajian sastera, (v) menganjurkan siri Pesta Teater/
Drama Nusantara, dan (vi) menganjurkan siri Pesta Puisi Nusantara.
b. Rumusan-rumusan dalam Pertemuan Sasterawan Nusantara I dan II
terus diberi perhatian dan diusahakan pelaksanaannya.
Kuala Lumpur, 6 Disember 1981.


Sekarang kita perkatakan pula fonem-fonem konsonan dalam bahasa Melayu.

Friday, December 14, 2007

Youth ‘08: The Malaysian Dotcom Youth Search

Since starting Nuffnang my partner Ming and I have had the most exciting time of our lives. The adrenaline, the rush, and ironically the stress has made the experience of being entrepreneurs one that we will always remember.Ming and I have been very lucky though.We have had good support from people around us ranging from our mentors, clients, venture capitalists and most importantly…. you guys… the Nuffnangers that have stuck with us from the start and always believed in us that we will build Nuffnang to the growing community we are today.In the past months however both Ming and I have both seen many young Nuffnangers who aspire to me entrepreneurs, coming to us for advice in which we often remind them that as much advice as we give, all of us at Nuffnang are still playing the learning game.
That being said, we found an opportunity to help our young aspiring future entrepreneurs, and that is through a partnership with Youth Malaysia for “The Malaysian Dotcom Youth Search” as part of our Community Initiatives.Here’s some information I pinched from YouthMalaysia’s website on “The Malaysian Dotcom Youth Search”.Brought to you by: YouthMalaysia.com, Nuffnang, MIRC IncubatorSponsored by: Tunemoney.comTagline: Web awards recognizing the very best commercially viable web projects by Malaysian youthsConcept:With the burgeoning growth of Internet users in Malaysia, particularly amongst the youth, there is a steady community of technopreneurs whose technological skills and efforts are overlooked. The Malaysian Dotcom Youth Search therefore aims to bring out these hidden technopreneurs by hunt down the websites, portals and even blogs with the ability to generate income and influence communities with an innovative factor.By scouting the web and evaluating nominated sites using a well established criteria and evaluation procedure, the search selects and showcases future thinking, progressively established websites which use cutting edge technology, together with inspirational ideas that lead the way for the future generation in entrepreneurship on the internet.The search requires permission to feature a website/portal/blog. Therefore, websites must be submitted by site official(s)/representative(s)/developer(s). Please note that we only accept nominations from official site representatives and/or the design/development team of any given website. No website will be featured at the search without the relevant authority/permission.Methodology:Pre-Event:An extensive recruitment drive will be conducted throughout December via:- Online, with our partners(MIRC Incubator, Nuffnang, YouthMalaysia.com)- Roadshows- Promotional CollateralsEvent: Prize giving ceremony to be highlighted on Main Stage on Day 1 of YOUTH ’08.(Duration: 2 hours)Judging CriteriaAll sites will be judged based on the following, 3I’s:INCOME (40%): Ability to generate income (if the website does not generate any income, this criteria will be judged on the potential of the site to generate)INFLUENCE (40%): Content 20%, Traffic 10%, Vote 10%INNOVATIVE (20%): User-friendliness 10%, Graphics 5%, Personality 5%Judging ProcessAll sites will undergo an initial evaluation by the Organizer in all areas of the criteria. Eligible sites must score at least 50% to be selected for the search. Sites that pass this evaluation will enter the next phase, whereby the site’s profile will be featured as a nominee in www.youthmalaysia.com, whereby the public will be able to vote for their favorite nominee.Shortlisted sites will be notified within 1 day after the application is sent.Upon approval of each application, an email with a HTML code will be sent to the nominee, whereby he/she is required to install an emblem on the website/portal/blog which notifies the participation in the search. This HTML code will act as a hit counter as well as vote tracker for the particular site.We will not evaluate sites which:1. Contain nudity, violence, defamation or any other elements deemed offensive by the organizer.2. Promote or contain illegal activities, i.e. copyright infringements, etc3. Do not respect their legal obligations, i.e. privacy policies4. Are based outside of Malaysia, or developed by non-MalaysiansAs part of our commitment to the program, Nuffnang will also be launching and running PAID advertising campaigns to bloggers in our network .Aspiring Nuffnanger entrepreneurs… I wish you all good luck. Rest assured that the people behind Nuffnang will show you as much support as you have shown us before.Click here to register for the Search.Have a wonderful weekend ahead everybody!
.....source by Nuffnang